新山留學台灣同學會章程(eROS馬來文版)

  PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
PERSATUAN BEKAS PENUNTUT TAIWAN, JOHORE BAHRU
(PPM-008-01-26111975)

FASAL 1.   NAMA

1.     Pertubuhan ini dikenali dengan nama

PERSATUAN BEKAS PENUNTUT TAIWAN, JOHORE BAHRU

Selepas ini disebut "Pertubuhan".

2.     Takrif Nama: PERSATUAN BEKAS PENUNTUT TAIWAN, JOHORE BAHRU

3.     Bertaraf: Negeri

 

FASAL 2.   TEMPAT URUSAN

1.     Alamat berdaftar dan tempat urusan  pertubuhan  ialah

NO. 3A, JALAN GERONGGANG, TAMAN MELODIES, 80250 JOHOR BAHRU, JOHOR.

dan alamat untuk surat-menyurat adalah

NO. 3A, JALAN GERONGGANG, TAMAN MELODIES, 80250 JOHOR BAHRU, JOHOR.

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa.  

2.     Tempat  urusan  berdaftar  dan  alamat  surat menyurat  Pertubuhan tidak boleh diubah  tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

 

FASAL 3.   MATLAMAT

1.     Memperbaiki perhubungan dan persahabatan diantara bekas penuntut  penuntut Taiwan di Johor Bahru.

2.     Mengembangkan semangat bergotong-royong serta berusaha memperbaiki kepentingan bersama ahli-ahli.

3.     Menganjurkan dan mengembangkan pendidikan akademik dan kegiatan-kegiatan sosial diantara ahli-ahli.

4.     Memajukan  kemakmuran  masyarakat  dan  Negara.

5.     Menggalakkan kerja-kerja amal.

6.     Bekerjasama secara selaras antara pertubuhan-pertubuhan berdaftar yang lain yang bersamaan pokok dasar supaya objektif-objektif yang umum dapat dicapai.

 

FASAL 4.   KEAHLIAN

1.     Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut;

A.   Ahli Biasa :

I.           Kewarganegaraan : Malaysia   

II.        Umur Minima : 18 tahun

III.     Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : JOHOR BAHRU

IV.    Keturunan / Bangsa : Semua

V.       Jantina : Semua

VI.    Agama : Semua

VII. Kriteria Keahlian Yang Lain : Warganegara  Malaysia  yang  bermastautin  di  Johor  Bahru  yang  tamat pelajaran  atau  berkelulusan  dari  institusi-instituisi  atau  universiti   Taiwan  berlayak   memohon  untuk menjadi  ahli  Persatuan  ini.

B.    Ahli Bersekutu : Tiada

C.    Ahli Kehormat : Tiada

D.   Ahli Seumur Hidup : Terbuka kepada ahli biasa yang membayar yuran sekaligus.

E.     Ahli Remaja : Tiada

2.     Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.

3.     Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.

 

FASAL 5.   PEMBERHENTIAN  DAN  PEMECATAN AHLI

1.     Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

2.     Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa.  Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

 

FASAL 6.   SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:

1.     Bayaran masuk : RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)

2.     Yuran : RM2.00 (Ringgit Malaysia Dua Sahaja)

a.      Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh   7 hari dari awal  tiap-tiap Tahunan

b.     Yuran seumur hidup (perlu dijelaskan semasa permohonan ahli)   RM 40.00 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Sahaja)

c.      Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 )  tahun akan  menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan  hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.   

d.     Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (3) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

e.      Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang   telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

f.       Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli .   Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran.              

3.     Sumbangan
Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.

4.     Kegiatan Ekonomi
Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.

 

FASAL 7.   MESYUARAT  AGUNG

1.     Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.  Sekurang -kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.         

2.     Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat,  maka mesyuarat itu  hendaklah ditangguhkan kepada  suatu  tarikh  ( tidak lebih daripada 30 hari )  yang  ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah  jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat  yang  telah  ditangguhkan  itu, maka berkuasalah  ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi  tidaklah  berkuasa  meminda  perlembagaan  pertubuhan.

3.     Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh 12 Bulan daripada tarikh Mesyuarat  Agung Tahunan  terakhir pada tarikh tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac  masa dan tempat yang ditetapkan  oleh  Jawatankuasa. Mesyuarat Agung Tahunan persatuan juga boleh diadakan secara bersemuka (fizikal) atau secara atas talian (online). Agenda  Mesyuarat Agung Tahunan adalah:     

a.      mempertimbangkan laporan  Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu;

b.     mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit;

c.      memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan)

d.     menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

4.     Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit.  Salinan dokumen-dokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.

5.     Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:

a.      bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau

b.     atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima 1/5 dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab   mengadakannya.  Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.

6.     Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.     

7.     Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada  semua ahli-ahli sekurang-kurangnya  14  hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.    

8.     Fasal  7(1) dan  7(2) di dalam perlembagaan ini berkenaan korum  dan penangguhan Mesyuarat Agung  Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika  korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu,  maka mesyuarat tersebut hendaklah  dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini,  Mesyuarat Agung Khas  atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah  boleh  diadakan.

9.     Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat itu.

 

FASAL 8.   JAWATANKUASA

1.     Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan :
Seorang  Pengerusi
Tiga  orang  Naib  Pengerusi
Seorang  Setiausaha
Seorang  Penolong  Setiausaha
Seorang  Bendahari
Seorang  Penolong  Bendahari
Lima Belas  orang  Ahli  Jawatankuasa  Biasa

2.     Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam  Pertubuhan  ini  hendaklah   terdiri  dari   Warganegara   Malaysia        

3.     Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam  Mesyuarat  Agung  Tahunan.  Semua pegawai boleh dipilih semula dua tahun sekali, kecuali bagi jawatan pengerusi, setiausaha dan bendehari tidak boleh memegang jawatan itu bagi satu tempoh yang melebihi dua penggal berturut-turut.

4.     Fungsi  Jawatankuasa  ialah mengelola dan  mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan  membuat keputusan  atas  perkara -perkara  mengenai  perjalanan  Pertubuhan  mengikut  dasar  am  yang  telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah  boleh  mengambil  tindakan yang bertentangan  dengan   mesyuarat  agung  dengan   tidak  terlebih  dahulu  berhubung   dengannya  dan Jawatankuasa   mestilah  sentiasa   mematuhi  keputusan  mesyuarat  agung.   Jawatankuasa  hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.

5.     Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya  4 (empat)  kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap  mesyuarat  hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu.   Pengerusi dengan bersendirian atau  tidak  kurang daripada  4 orang ahli  Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil  supaya  diadakan mesyuarat Jawatankuasa   pada  bila -bila   masa. Sekurang-kurangnya setengah  (1/2)  daripada  bilangan ahli  Jawatankuasa hendaklah  hadir bagi  mengesahkan  perjalanan dan  mencukupkan  korum  mesyuarat.

6.     Jika timbul  perkara mustahak yang  berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa   dan   mesyuarat  Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan  Jawatankuasa:

a.      Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan  terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada  tiap-tiap  ahli  Jawatankuasa;

b.     Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau  bantahan  mereka  terhadap  itu;   dan

c.      Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan   dalam   minit.

7.     Ahli  Jawatankuasa yang mungkir  menghadiri  mesyuarat  Jawatankuasa  tiga kali  berturut-turut  tanpa  alasan  yang  memuaskan   akan  disifatkan  sebagai  telah  meletakkan   jawatan.   

8.     Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam  pemilihan yang lalu  hendaklah dipanggil  untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika  calon  yang  sedemikian  tidak  ada  atau  menolak  jawatan  itu, maka berkuasalah  Jawatankuasa melantik ahli yang lain  memenuhkan  kekosongan itu  sehingga  Mesyuarat  Agung  Tahunan  diadakan.

9.     Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai  lain untuk menjalankan Urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan  yang difikirkan mustahak. Ia  boleh menggantungkan  atau melucutkan  jawatan  sebarang  pengurus  atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang   difikirkan   boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

10. Jawatankuasa boleh menubuhkan jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan   khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

11. Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat-surat maklumbalas,buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa  baru.

 

FASAL 9.   KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

1.     Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah  menjadi  Pengerusi  semua  mesyuarat agung dan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab  atas kesempurnaan  perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan.

2.     Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.

3.     Setiausaha hendaklah menjalankan  kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan.  Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua masyarakat dan membuat catatan mesyuarat.

4.     Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan  itu semasa ketiadaan Setiausaha.

5.     Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.

6.     Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan  itu semasa ketiadaan Bendahari.

7.     Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

 

FASAL 10.             KEWANGAN

1.     Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara  yang berfaedah bagi Menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit.

2.     Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM1000.00  (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Pertubuhan.      

3.     Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha  dan Bendahari. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.   

4.     Perbelanjaan  yang lebih daripada  RM5000.00  (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja ) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada  RM 10000.00 ( Ringgit Malaysia  Sepuluh  Ribu Sahaja ) bagi sesuatu  masa  tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM 5000.00 ( Ringgit  Malaysia  Lima Ribu  Sahaja ) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh  Pengerusi,  Setiausaha dan Bendahari.

5.     Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan  untuk diluluskan oleh Mesyuarat  Agung  Tahunan  yang  berikut. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.

6.     Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 1 Januari.

 

FASAL 11.             JURUAUDIT

1.       Dua orang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan selama Dua Tahun  dan boleh dilantik semula.

2.       Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

 

FASAL 12.             PENTADBIR HARTA

1.     Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan.    

2.     Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.

 

FASAL 13.             TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

1.          Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa.  Jika perlu, boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas  di  dalam perlembangaan ini.

2.          Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

 

FASAL 14.             PENASIHAT/PENAUNG

1.     Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat / Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.

 

FASAL 15.             LARANGAN

1.     Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis pertubuhan

2.     Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan  atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan  kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.

3.     Pertubuhan  ini  tidak  boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau  Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.

4.     "Faedah"   seperti  yang diterangkan   di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

5.     Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam Kegiatan  ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah,  keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang Pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada mana-mana ahli atau pekerja Pertubuhan.

6.     Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat.

 

FASAL 16.             PINDAAN  PERLEMBAGAAN

1.     Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

 

FASAL 17.             PEMBUBARAN

1.     Pertubuhan  ini  boleh  dibubarkan  secara  sukarela  dengan  persetujuan  tidak  kurang daripada  tiga perlima (3/5) daripada   jumlah  ahli  yang berhak mengundi  dalam  suatu  mesyuarat  agung yang dipanggil khas kerananya.

2.     Sekiranya  Pertubuhan hendak  dibubarkan  secara  yang  disebutkan di atas,  maka segala hutang dan tanggungan  Pertubuhan  yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan  dan baki wang yang tinggal  hendaklah  diselesaikan mengikut cara yang  dipersetujui  dalam  mesyuarat agung  berkenaan.   

3.     Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.

 

FASAL 18.             BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

1.     Bendera - Keterangan

2.     Lambang - Keterangan

3.     Lencana -Keterangan

  

—The Constitution had been approved by the office of the Registrar of Societies Malaysia (ROS) 20th Dec 2023—

【剪報】留台同学会28日音乐会 助麻中化 筹10万基金 | 中國報 China Press

  資料來源: https://johor.chinapress.com.my/?p=1224273